Friday, June 9, 2017

Coretan Cik Muda

TEST MIC

Ahhhhhh

Ehmmmmm

Okay kot.

.........

Oh Hi! Ni Cik Muda. Coretan terakhir tahun 2012, bulan Jun. Chewah, rindu pula dengan Cik Muda. Siapa tu, tahu-tahu saja lah. Nak dijadikan cerita, sila ikut Label CikMuda. Nak throwback semua, ikut saja label itu. 

Kenapa tetiba blog ni nak mula CikMuda semula?

Tak ada sebab best pun, tuan empunya blog ini nak rehat dari tulis English saja. Minat memang minat, BM ini apa jadi? Penat belajar, tak digunakan pula kecuali urusan rasmi dengan Kerajaan macam peguam. Selain itu, tak akan sentuh BM ini. Nak pergi Jabatan Kerajaan pun mesti ada terjemahan English dah. So memang BM tak pakai sangat.

Sebagai penghargaan juga, Cik Muda mulakan balik guna tajuk Coretan Cik Muda. Tajuk lama, Bebelan macam jujur sangat yang tulisan Cik Muda ni cuma bebelan. Haha.

Kalau tak layan, X tu ada atas. Tak memaksa dan tak kisah sebab ini memang coretan suka hati saja.

Alkisah kita bermula dengan Coretan Cik Muda ye.

Rindu whatsapp dengan Mr Perfectionist!! Dah sibuk berumahtangga, tak nak Cik Muda ganggu dan Mr Perfectionist ni pun bukannya suka ber-whatsapp. Tak ada angin tiup, tak ada lah khabar berita dia. Ini pun dah senyap lepas kahwin. Sedih dan segan juga tetiba ber-whatsapp untuk apa?? Jadi Cik Muda macam kehilangan satu kawan rapat. T.T

Cik Muda tak main Tinder. Pernah cuba dan bosan. Kita like dia, dia pun like balik. Lepas tu? Senyap seribu bahasa. Cik Muda ada Hi, tak balas. Hoi, jadi Like ni main Instagram like ke apa? Hangin sangat jadi padam app tak berguna tu. Konklusi ialah Tinder App ini khas untuk tengok gambar saja. Masalahnya kadang-kadang entah gambar apa diguna, dahlah Tinder ini tarik gambar profile Facebook....

Coretan seterusnya kita sambung lain kali. Ini pun nak kena baca semula, risau ada tersalah ejaan, yang struktur ayat tu biarlah, asalkan baca dan reti kan?

Bye bye.

1 comment:

Thanks for leaving your comment!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...