Tuesday, June 20, 2017

Coretan Cik Muda: Road Safety Checklist

Hi, kali ni Cik Muda nak sound tentang keselamatan di jalan raya. Yalah, nak dekat raya ni, tentu ramai on the road, katakan lah. Kereta ada servis tak? Tayar okay tak, bukan botak tau. Yang motorsikal ni pula, ada check lampu semua. Ada jaket kuning keselamatan light reflector tu? Bukan ambil saja baju kuning, hot pink pakai balik. Dah kata malam, nanti jalan lampu rosak, memang panjang umur tak kena langgar.

Cik Muda nak sound ni pun sebab 2 minggu lepas tak silap, pergi Ipoh. Bf drive malam, lepas habis kerja, terus drive. Seram bukan orang bawa laju. Ini seram tengok kereta tak buka lampu, lampu rosak lah. Tapi TOP NO. 1 ni ialah motorsikal yang tak nampak kat atas jalan raya.

Kau panjang umur sangat ke, wahai penunggang motor? Cik Muda nak terlelap pun risau. Risau si BF ni terlepas pandang, percuma accident malam2. Tak ingin sangat!

So, please, please lah. Check everything! Pergi buat checklist on the road. Yang untung pun nyawa terselamat. Yang rugi, banyak, bukan kau accident seorang saja rugi.

Road Safety Checklist?

Banyak list itu ada online, guna Uncle Google cari. Ambil mana yang relevan.

Sekian, coretan hari ini. Harap bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving your comment!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...