Monday, April 23, 2012

Cik Muda & Bebelan Mac '12

Satu dulu Cik Muda nak kata di permulaan ni...

Amat, amatttttttttttt..... KETINGGALAN.

Bayangkan dah 23 April, baru nak taip untuk Mac. Sila pukul SIKIT kepala Cik Muda ni. Sikit saja tau, nanti otak henti berfungsi, siapa susah? Haa~

Ok, mula merepek. So dalam bulan Mac, apa dah jadi sampai Cik Muda malas tahap gaban untuk menaip? Well, mostly problem with Cik Muda's heart. Eh, serius bisnes tau. Bukan hati yang pump darah, ni heart= feelings. Tiada kekeliruan, dah faham? Bagus~ Senang Cik Muda nak membebel nanti.

Haish, nak dipendekkan cerita, Cik Muda down saja sepanjang Mac. Cik Muda akui, banyak hal lain, belajar, buat ulangkaji, kemas rumah, memasak... Hek, mula merapu konon ingat Cik Muda pandai memasak. Instant noodles tahap A+ ada laa. Tahap ikan kari, ayam kari, daging kicap ke, Cik Muda kibar bendera putih. Nasi goreng? Boleh cuba lagi...dalam masa terdekat kalau Cik Muda rajin. Yela tu, bila kau rajin di dapur haa??? Ambil snek saja tau. Kekekekekeke.

Anyway, adik perempuan Cik Muda sekarang jadi teman sebilik. Disebabkan dah lama, agak lama laa tak sebilik, hampir jadi perang sebenarnya. Bukan apa, gosip yang berpanjangan buat Cik Muda letih. Sekarang dah mula buat hal sendiri, tegur pun tegur ala kadar. Sedih!! Ini semua pasal belajar U yang perlukan kita berjauhan. Belum lagi masuk berkerja, mesti lagi touching. Paiseh laa~

Huu~ cerita bulan Mac ni dah ingat-ingat lupa, kalau bulan April, lagi banyak untuk diceritakan. Ada lawak tapi kena censor nanti jadi tak boleh. Hak budak bawah umur kena jaga. Atau Cik Muda buat entri rahsia sebab sayang juga kalau tak ingat. Tapi...tapiiiiiiiiii...........urgh, segan nya bila ingat balik!!! =.= Yela, budak memang budak, tak tau malu~ Haish, malang tak bertempat masa tu.

Mm, selain itu, dalam Mac ni, Cik Muda gemar cuci mata. Yela, nak sedapkan hati konon. Nahas lepas Daddy baca nanti.... Ah biar laa, bukan nya Cik Muda ni girlfriend somebody, SINGLE saja sekarang. Jadi berhak Cik Muda cuci mata. Tapi kann... heart tak berdegup kencang walau sekacak, secomel, se-dashing mana pun perawan tersebut. Haish, ni dah buang tabiat, kecuali tabiat cuci mata. Hahahahahaha~ Dx

Anyway, to end this short whining episode...

Only He knows who is in my heart. Please grant that one person, all that the person hopes and wishes and asks for. <3

2 comments:

Thanks for leaving your comment!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...