Cik Muda & Bebelan Feb '12

10:40 AM

Desakan dari kawan-kawan Cik Muda ini, entah apa Cik Muda nak bebel untuk bulan Feb. Dah masuk bulan Mac, 8 hari ni..... Hahaha, apa-apa saja lah kan? Entri ini memang untuk Cik Muda tulis yang pelik-pelik, asalkan hati Cik Muda tak pening dan juga tak memberi kesan atau akibat buruk terhadap masa hadapan Cik Muda... <<< Kan dah merepek entah apa itu. xP

Bulan Feb yang lepas, secara jujurnya, penuh dengan saspen dan drama yang agak mendukacitakan hati Cik Muda. (Ciskek, mula nak ber-EMO ini.)

Mula-mula ialah Hari Jadi Cik Muda yang ke 21~ Yang juga bersamaan dengan Hari Jadi abang Cik Muda yang dah 23. Tapi kek hari jadi tertulis nama Cik Muda sahaja. Hahahaha. :P Entri kek hari jadi bagi yang terlepas: Birthday cakes. Ok, 21 ada banyak juga cabaran kan? Pilihanraya undi satu...yang kedua, pergi fikir sendiri, Cik Muda tahu, tapi kamu pula tahu ke tak. Hahaha :P

ps: Ada seseorang yang buat Hari Jadi ke21 Cik Muda sangat istimewa. Dia telah menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk Cik Muda. Walaupun dalam fon saja tapi Cik Muda terharu dan itu kali pertama daripada seseorang yang istimewa. Ruginya tak merakam. Agak-agak, hari jadi ke22, dia nyanyi tak? Hahaha, kalau tak ada, Cik Muda minta saja lah dia nyanyi...... Kenangan yang disimpan rapi.. Yelah, dalam blog pun boleh simpan. hahaha

Seterusnya, hari-hari yang penuh saspen...hal peribadi Cik Muda, biarlah rahsia ok. xP

Entri keputusan keluar: 2nd Year, Sem 1 Result (Entri dalam BI)

Cik Muda suka buat entri menghentam diri sendiri. Hahaha, gurauan! Tak ada, cuma Cik Muda tak nak orang kritik, Cik Muda sendiri dah tahu kesilapan sendiri. Kalau Cik Muda memang tak sedar, sila lah beritahu. Cik Muda dah puas kritik sendiri, senyap saja lah. Nak tambah perasa, nanti terlebih masin pula.

Selepas entri keputusan, Cik Muda menyambung dengan hal peribadi. (Tak puas ke nak ber-EMO sendiri, wahai Cik Muda??) Ha'ah, tak puas, Cik Muda nak ber-EMO sekurang-kurangnya SATU bulan. Iya, ini manusia pelik bernama Cik Muda. Hahahaha xDD

Entri yang dirahsiakan...entri yang agak menyedihkan Cik Muda. Tapi bila Cik Muda lupa kata kunci, memang padan muka lah, tak boleh baca lagi entri itu... Bagus juga, tak perlu sakitkan hati sendiri lagi. Logik tak bertempat pula kan. Hahahaha. >.<"

Oh, Cik Muda dah guna Baucer Buku RM200. Yelah, belikan yang patut, nanti ada manusia tak puas hati. Susah betul, kenapa mesti puaskan hati lain padahal hati sendiri rasa tak puas hati. Itulah kehidupan bermasyarakat, society namanya. Tambahan lagi, hidup pun tak semestinya gembira semua, ada juga kesedihan... (Ewahh, kembali beremosi!)

Entri terakhir bulan Feb: Muses & making sense

Entri yang agak merepek, betul. Cik Muda tengah ber-EMO entah apa-apa saja masa tulis.. Boleh dikatakan tengah pujuk hati sendiri. Rasa macam orang dah tak siuman pun ada.

Cik Muda benci diri sendiri yang tak tentu arah. Tak mahu, banyak yang akan Cik Muda terlepas, Cik Muda tahu sangat-sangat. Tapi Cik Muda ada kedegilan yang seakan-akan sengaja nak menyedihkan diri sendiri. Ha'ah, memang Cik Muda ialah orang gila dalam bulan Feb.. Paling terasa, itu adalah bulan hari jadi. TERBAIK.

Kali ini entri Cik Muda yang agak beremosi. Maaf jika ada yang terasa. Tapi ini adalah cara Cik Muda untuk kembli ceria. Ada orang menari, menyanyi untuk lepaskan kesedihan, ini cara Cik Muda.

Rasa nak tulis novel pula tentang Cik Muda. Memang tak tahu malu manusia ini kan. Hahahaha xP

You Might Also Like

0 reads

Thanks for leaving your comment!

Follow Me

Contact Form

Name

Email *

Message *