Friday, February 3, 2012

Cik Muda & Bebelan Jan'12

Hai, ini entri pertama Cik Muda dalam 2012. Dan juga entri pertama dalam BM, nanti ada orang tak puas hati bila asyik guna BI saja memanjang. Eh, ada ke manusia dengki macam itu? Tak ada kerja lain lah itu nak dengki orang. Ahaks, yang terasa, pergi mampus. Okay, Cik Muda jahat. Maaf yang tak ikhlas ditujukan.

Tahun 2012 dah lalu sebulan. Sekarang bulan Februari, Cik Muda pun dah 21 tahun. Apa yang dah berubah, nak kata pemikiran, jujur kata masih ada yang Cik Muda kurang berilmu. Bukan tentang universiti, tapi tentang dunia. Haish. Orang tua suruh pergi universiti untuk belajar. Yalah, ingat senang, masuk universiti, hadap buku saja lah. Rupanya kena ambil tahu tentang dunia luar juga. Kena 'katak bawah tempurung' nanti, baru terhegeh-hegeh cari surat khabar atau internet.

Tadi Cik Muda tertaip terlalu EMO, nanti ada orang terasa lebih..... Jadi dah padam, ini tulis baru pula.

Nak belajar dari buku, Cik Muda sokong. Nak tahu tentang dunia luar, Cik Muda lagi suka.

Terutama subjek yang Cik Muda ambil ini: Pengurusan Harta Tanah. Tak ada cara lain, siap pensyarah suruh tengok surat khabar, baca informasi tentang rumah-rumah, ekonomi, cukai perumahan, cukai untuk syarikat sekali etc etc. Nak tak nak, pergi juga selongkar pelusuk media yang ada. Yalah, nanti kena cop 'katak' oleh pensyarah. Atau lagi perit 'pemalas'. Anime, komik, senang baca, ini berkait dengan pembelajaran, Cik Muda malas level 999. Lagi satu, Cik Muda serba salah juga bila pensyarah tanya soalan, "ada baca surat khabar tak?" Lepas itu, dia geleng kepala. -__-'

Sebab itu, resolusi...eh, AZAM 2012 untuk baca surat khabar atau artikel mana-mana yang berkaitan dengan subjek Cik Muda.... Senang tulis/kata, tak senang buat. hahaha Setakat ini, Cik Muda hanya tahu secubit saja. Mesti tak ada rasa nasi goreng nanti, rasa nasi yang dah goreng saja. >.<

Huhu...Cik Muda rindu geng course mate UM: miss e, cik nana, cik sk, cik zaza?? Hahaha, tak tahu boleh tak buat outing dengan mereka nanti. Yang pasti dah ada janji dengan buddy untuk serbu KLCC gara-gara baucer buku. Hakikatnya, tak tahu nak beli apa. Subjek hanya ambil sedikit, 5,6 mukasurat dari buku. =.="

Keputusan sem 1 mungkin akan keluar dalam jangka masa terdekat ini. Cik Muda nak kata bangga, ada orang kata rendahnya (oh, jangan risau, ini dalam famili). Yalah, nak 3.5 baru tinggi kan. Tak nak ucap tahniah pun, buat orang sedih saja walaupun dah usaha naikkan pointer. Ciskek laa tuiii. Tunggu orang sakit batuk darah untuk dapat 4.00 baru tahniah. (Jangan risau, Cik Muda tak akan usaha sampai mati-matian untuk SEKEPING kertas.)

Haaaa.... kan dah EMO Cik Muda. >.< Haish, biarlah, tak baik juga pendam-pendam ini, nanti meletup lagi dahsyat.

Cik Muda masih runsing nak beli telefon mudah alih AKA handphone/cellphone baru ke tak. Yang sekarang guna, keypad tunggu masa untuk tak berfungsi 100%. Dan dah pandai otomatik start. :X Kalau beli baru, nak HTC! Tapi yalah, masih dalam perancangan.

Cik Muda pun nak buat wardrobe makeover. Nak beli palazzo atau flare pants. Tak tahu ejaan betul atau tak, main hentam. Flare pants ni macam seluar bell bottom, entahlah apa bezanya, Cik Muda tengok sama. Nanti pergi kedai, minta bell bottom saja lah. Harap-harap ada. Yang palazzo pants lagi cantik! Cik Muda suka sangat tengok, nak beli kalau jumpa. Sebab kain palazzo pants nampak halus, angin tiup, ringan je. Paling suka, tak nampak 'camel toe' gadis... (Tak tahu camel toe??? Pergi siasat sekarang. Ladies must know!)

Dalam koleksi pakaian Cik Muda pun ada yang dah tak pakai langsung. Macam dinner dress dulu yang hitam fit, blouse hitam yang renda-renda..... Rasa nak jual tapi bab perniagaan amat tak suka, tambahan lagi postage... Akan difikirkan. Bila ingat lagi~

Okay, cukuplah bebelan Cik Muda untuk bulan Januari 2012. Have a great day, babes!

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving your comment!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...