Cik Muda dan Rancangannya + Bebelan

9:25 PM

Hi, semua, lama juga Cik Muda tak muncul ni. Mesti tak ada yg rindu. Agagaga, apa touching2 ini, lempang baru tahu. xD

Pagi tadi baru habis kuliah terakhir semester 1 2nd year ini. Sekarang dah masuk cuti2 belajar mood. Cik Muda pun tengah tengok2 nota ni, jangan2 ada yg terpadam/terhilang secara tak sengaja masa gembira dah habis minggu kuliah...opppsss.....harap2 tak terjadi for real. Segan lah nak minta dari kawan2 nanti. >.<

Mm.. Cik Muda terima ayat2 indah ni dalam suatu mesej. Pengirim nya tahu-tahu lah kan tapi jangan lah cakap/tulis siapa. Kasihan dia segan nanti. Ini Cik Muda kongsi sini, senang nak tengok balik, yalah, phone memori pun kecil nak simpan mesej kunci banyak2. =.=

Ni ayat2 indah yg Cik Muda terima khas. (Ruginya awak tak tulis atas kertas, memang Cik Muda bagi frame/casing/peti kebal...eh,terlebih hargai pula...huhu...)

'tak kira sekuntum bunga itu harum atau tak, tumbuhnya tetap di tanah. begitu juga bulan, tak kira apa bentuknya, tempatnya tetap di langit, dan begitu juga perhubungan kita tak kira jauh atau dekat, jumpa atau tak, tempatnya tetap di dalam hati..sesungguhnya nilai perhubungan itu lebih bermakna dari segalanya..'

Ok, FULL STOP di sini tentang benda2 jiwang ni. Nanti readers nak tahu/ejek Cik Muda. haha :P

Seperti sedia maklum (chewahh, ayat nak sedap mula..), minggu finals semester 1 adalah TAHUN HADAPAN. Tahu tak sangat BEST kita peperiksaan/ finals mula 3Jan 2012. Budak2 *ehem nak mula sesi persekolahan baru, kita kena periksa. Mahunya kita jadi budak sekolah lagi, tak kira lah sekolah rendah ke, sekolah menengah, janji jangan tetiba peperiksaan dalam Januari. >.<

Tapi, siapa yg nak jadi budak hingusan 7 tahun lagi? Cik Muda tak sanggup. Cukuplah dah dialami pahit manis alam persekolaha dahulu itu. Nak gelak seorang2, nangis seorang2, geram seorang2, semua perasaan ada. Banyak sangat yg dikenang bila ingat balik masa muda mudi. Eh, kenapa macam mula berterabur BM Cik Muda ini? Maaf andai salah, jangan jadikan Cik Muda contoh karangan adik2, kakak2, abang2.....argh, panjang, semua lah, kan senang.

Eh, apa Cik Muda nak tulis sangat ni sebenarnya? Sikit2 masuk tentang Finals, tetiba kata rindu jadi budak hingusan, lepas itu???

Lepas itu, Cik Muda nak tekan Publish dan Sign Out. Cik Muda nak habis baca buku cerita The Merlin Conspiracy. Nak review buku, sayang sangat2 pada buku cerita. yg 120% kali lebih senang baca dari buku/nota kuliah. haha

Seterusnya, Cik Muda nak mula buat projek DIY FELT lagi. Lama sangat dah tinggalkan minat tersebut. Sama dengan crochet. Bukan sibuk tapi sebab malas.... xP

So long!!

You Might Also Like

0 reads

Thanks for leaving your comment!

Follow Me

Contact Form

Name

Email *

Message *