Tuesday, December 27, 2011

Ads- Cik Muda 47kg, bukan 52kg

Cik Muda buat secara kasual, tak nak yg fakta berlambak-lambak.

Sekarang Kementerian Kesihatan dah buat satu laman web untuk kita, dalam BM semua. Boleh melawat di link ini: Cara Hidup Sihat.

Sangat berinformatif, ada piramid makanan (dari dulu dah ada), resepi sedap tapi sihat (kurang lemak ke, kolestrol ke), rancangan "Talkshow" dan akhir sekali, Hotspot! Nak tempat2 menarik untuk beriadah, tekan link Hotspot ok.

Ini Cik Muda tertarik mula2 buka laman ni.

Tak payah nak besar, biar kecil2 je. haha =.=

Itu yg dah Cik Muda taip masuk. Yg Cik Muda tak puas hati, kira2 itu bagi 52kg! Baru dianggap berat IDEAL.

52 kg?? LIMA PULUH DUA baru Cik Muda kira sihat ke? Mana mau! No way. Cik Muda dah sihat dengan 47 kg ni. huhu. :P

Lagipun 47kg pun masih nampak chubby2..... 

Haha =.='

Ok, Cik Muda pun tengok pula apa scroll box tepi mesin kira2 berat badan ideal ni. Oh, link kepada blog yg buat tentang kesihatan. Ada yg informatif, ada yg bercerita tentang kehidupan sihat dia. 


Baca, jangan tak baca. Mereka bagi info dan nasihat untuk kita jadi sihat. Cik Muda baca sambil angguk kepala tadi tau. xD

Sebelum Cik Muda pergi makan sarapan (Yup, mesti sarapan, nanti tak tahan sampai tengah hari pula), Cik Muda teringat ayat2 ini, tapi dalam BI.

Breakfast like a King, 
Lunch like a Prince, 
Dinner/Supper like a Beggar.

Nak terjemah: Sarapan macam Raja, Makan tengah hari macam Putera, Makan malam macam Pengemis.

Tak rasa kita patut macam itu? 

Akhir sekali, ingat kunjungi link ini: Cara Hidup Sihat.

Ok, Cik Muda nak sarapan macam Permaisuri pula. haha xP

Selamat membaca!

1 comment:

Thanks for leaving your comment!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...