Sunday, November 13, 2011

Cik Muda & Pengangkat bakul

haha... lama tak guna BM, boleh rindu pula. Lepas kes *censored ke ntah apa benda itu, Cik Muda rasa bosan dan  ah, biar lah tak peduli.. huhu. BM ke BI, malas Cik Muda nak bantah. Bantah pun mereka tak semestinya ikut cakap kita. kan kan? Buang air liur saja. Kita tengok saja lah apa jadi 20 tahun kemudian. Harap- harap tak ke arah BI lagi pula. Memang suka ulang alik lah kita ini.

Haa, sebelum melencong jauh, ni apa kes Cik Muda & pengangkat bakul???

Bukan yg real life nyer pengangkat bakul ok. Bukan manusia yg betul-betul dalam tangan ada bakul. Cik Muda nak cakap tentang sebilangan spesis manusia yg suka 'angkat bakul' orang lain.... Haa... tak panas gitu bila tahu 'dia' maju sebab angkat bakul?

Cik Muda pun hairan. Tak kan spesis ini rela sangat? Mcm tak ada maruah pun ada. Honestly, Cik Muda tumpang kasihan juga. Mungkin mereka terdesak kan jadi no choice, kena ikut kata big bos. Kalau tak, memang hidup tak lama lah. :'( Truly, sad life lah theirs. Cik Muda just harap situasi mereka dapat dibongkarkan kepada orang ramai. Kang percuma saja mereka kena kutuk, caci maki padahal bukan 100% salah mereka.

Itu spesis terdesak. Yg memang nak sangat angkat bakul pula??? Apa kisah?

Haa.... yg spesis special ini pula memang nak hidup mereka terjamin. Tak kisah lah apa caci maki mereka dapat, yg pasti mereka dapat promotion, dapat big fat cash in their pockets.

Kadang-kadang main kotor lagi. Siap sebar khabar angin tentang org lain supaya diri mereka sendiri up market. Di sini, Cik Muda akan seikhlas-ikhlas nya mencaci maki mereka. hahaha Yela, Cik Muda bukan hati suci, Cik Muda sedar banyak salah juga tapi Cik Muda masih nak judge orang lain. haha

Kita manusia gitu kan?

So pengangkat bakul... kenapa anda pengangkat bakul. Dah lah obvious sangat. Anda lepak tak dengan kami yg tak ada pangkat. Anda lepak selalu dengan big bos. Tak pernah nampak anda jauh dari big bos. Dah lah bukan pembantu peribadi big bos, cuma kerani... <<<contoh saja, tak ada kaitan dengan sesiapa, sama ada yg masih hidup atau telah mati.

Wahai pengangkat bakul, kami nampak anda leka mengejar nama. Nak sangat nama anda naik, dalam senarai terhebat kan. Tapi, pengangkat bakul, tahukah anda sesuatu? Orang terdekat dengan kamu tidak menyokong mu. Orang 'bawahan' mu tidak menyokong mu sebab mereka nampak kepuraan kamu. Yupsss... your not so great acting costs you your fame. Kalau nak tipu orang dengan lakonan friendly kamu pun, belajar lagi lah. Pergi ambil kursus acting. Gerak geri badan tak pandai, eye contact pun fail, apa kisah? Memang lakonan kamu telah buat kami membenci mu. Terutama gelak mu yg so not really laughing...

Alololo... Cik Muda terover cerita pula tentang pengangkat bakul... haish... dan ada pula manusia yg terpedaya dengan pengangkat bakul... sama ada mereka sejenis, semakhluk atau hanya mengasihaninya, mana lah Cik Muda tahu. Harap-harap mereka sedar yg mereka hanyalah pengangkat bakul.

Cik Muda tak sampai hati nak tegur direct. Nanti penyokong dia yg tegar ntah kena sogok hentam Cik Muda....

HAHAHAHAHAHA

Best tak skrip Cik Muda di atas..????

Nak percaya atau tidak, terpulang. Cik Muda sekadar nak menghibur dengan entri kali ni... Nak lepas geram juga sebab pengangkat bakul dah diam... Tak seaktif dulu... alololo, dia dah sedar ke? Tak best nya! hahahaha

ps: Entri ini pun khas untuk tatapan miss e dan yg se-gang dengan nya. Rindu miss e, cik nana, cik kirah, cik mmmmmm rosa ke zaza....hehe xD *memang kena isnin petang nanti....

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving your comment!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...