Thursday, August 25, 2011

Cik Muda lawat bekas tempat kerja

Cik Muda ini kadang-kadang lupa kawan. Awal Cik Muda mengaku. Jadi jangan kata Cik Muda hipokrit, lupa kawan, sebab dah diberitahu awal-awal. Kalau tak, memang patut kena sepak sebab tak tak tahu membaca entri ini. Sekian, pendedahan khas hari ini.

Cik Muda dulu kerja di Ta Kiong, the Springs mall, yg di Kuching. Dah henti, kerja 2bulan. Tak penuh 2bulan lah, masuk lambat.Kerja sebagai Sales Assistant. Kalau ada orang kata low class, fikir lah dulu. Mcm mana barang-barang kamu yg suka singgah di atas rak? Kerja low class ke susun barang untuk kamu pilih, ambil dan beli? Atau kamu mahu ke stor, korek kotak? Sila lah. >.<


Okay, hari ini, bersamaan 25 Ogos 2011, waktu 2.30pm, Cik Muda telah melawati bekas tempat kerja tersebut. *Gaya pemberita profesional.

Buruan pertama adalah.... patutnya pakcik sekuriti tapi tengok-tengok orang lain, baru mungkin jadi Cik Muda tak tegur. Risau tegur, makin dia ingat kita pencuri. Ahahaha... Cik Muda jumpa seorang cleaner yg rapat juga dan bercakap-cakap. Tak dapat lama, Cik Muda kena jumpa Mummy di Food Court pukul 3pm. Lepas kata 'Bye', Cik Muda sambung mencari.

Pergi ke tempat tepung dan telur, jumpa yg jaga air dan juga kawan seperjuangan Cik Muda. Sama berpakaian baru *part time guna baru, atau orang baru masuk kurang 5bulan...

Juga Cik Muda tak cakap lama. Masa makin cepat berlalu. Cik Muda cari lagi buruan lain.

Ahaaaaa!!!

Jumpa pun buruan penting Cik Muda!

2 orang berbaju hitam! Sayangnya ada seorang lagi yg berbaju biru tapi dia rehat pada hari ini. Haish! Tak dapat lah Cik Muda buli dia puas-puas sebelum pergi.

Apa-apa pun, Cik Muda tetiba jadi customer yg penyibuk. Mereka tengah susun barang, Cik Muda tolong susun juga. Memang dicam CCTV di situlah nanti... Hehehehe... Cam lah, bagi duit raya percuma nanti.... xD

Masa susun, berborak lah jadinya. Cik Muda rindu borak-borak dengan kawan sekerja. Teringat masa gosip *sempat pula kan...

Ada masa kerja dulu, hampir jadi skandal pula. Hehehehe, tapi kawan saja lah! Muda lah orangnya, baru 18, Cik Muda dah 20, tak main muda-muda ini. Dah lah si adik itu kata Cik Muda budak kecil, suka main-main. Dia pula dikatakan matang. Huh! Cik Muda mahu yg sama umur kalau boleh, tak nak main adik-adik atau abang-abang ini.... xP (dah dapat pun...lalalalala)

Cakap punya cakap, dah pukul3pm. Mula lah ucapan 'Bye!' ke semua rakan sekerja.

Tak tahu bila lagi Cik Muda akan berjumpa dengan mereka. Harap-harap tahun depan jika berkesempatan.

Okay, tak nak panjang sangat, risau emo keluar. Hahahaha....

Okay, bye!

ps: Harap penulisan tidak menyakitkan mata untuk membaca. BM SPM dapat A2 tapi semua itu telah Cik Muda longgarkan dalam blog... Maaf, Cikgu!! >.<

1 comment:

Thanks for leaving your comment!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...