Cik Muda gila follow, bukan followers

6:07 PM

Hahahaha... okay, Cik Muda nak rehat dari guna English ni. Jangan pula dihentam sebab campur You dengan I dalam ni. Blog Cik Muda, ikut bicara Cik Muda lah kan.

Haaa... Nak dikatakan isu, dah lama sangat... Sejak zaman Facebook mula rasanya... Mana lah Cik Muda tahu yang tepat-tepat. Cik Muda suka main agak-agak, kalau kena, bagus teramat sangat. Andai salah fakta, maaf beribu maaf ok.

Seperti dalam tajuk entri kali ini, follow ni maksudnya follow blog. Cik Muda memang gila follow blog orang. Tapi bukan follow ikut bedal saja. Cik Muda tengok juga blog itu.

Blog cantik- Memang Cik Muda follow! Sebab buat mata Cik Muda gembira dan cemburu. Hahaha...

Blog kemas- Ini memang antara sebab utama Cik Muda follow. Tak ada terkelip-kelip sana sini. Berterabur lah bintang turun dari atas... Paling bagus, blog ini selalu berinformasi. Cik Muda suka gila!!

Blog cepat loading- Hah! Cik Muda dislike sangat-sangat blog yg buka lambat. Dah lambat sangat sampai habis baca 5mukasurat manga, memang Cik Muda close blog itu. Tolong kurangkan widget yg tak perlu sangat itu...

Blog mantap- Ini khas bagi blog yg berjaya tarik minat Cik Muda. Blog yg lucu, penuh info berguna atau pelik. Tentang isu semasa atau isu menarik seperti ciptaan pelik. Cik Muda memang follow.

Blog easy to read- Ini jarang Cik Muda kisah tapi ada terjadi. Cik Muda faham, font itu cantik tapi kasihan kan mata readers. Kami baca banyak, tetiba buka blog, tulisan kecil-kecil, senget sini sana, terbesar itu ini.... Tutup mata, Cik Muda 'X' terus.

Blog gambar banyak- Cik Muda suka. Senang, tengok gambar, baca apa yg ditulis. Selalunya tulisan sikit sebab penekanan atas gambar. Good approach! Dan buat Cik Muda jadi rajin nak letak gambar juga. >.<

Haaaa.... blog anda mcm mana? kalau nak tahu, tinggal link, Cik Muda akan terjah dan gred ikut kriteria di atas....

Andai Cik Muda rajin lagi... Cik Muda akan listkn semua link dan letak dalam kategori itu. Tapi mungkin ada blog yg dapat 2 gred.... Cik Muda akan tanya tuan blog, nak kategori mana. Adil tak?

Hahahaha... Cik Muda lupa tentang tajuk entri dah ni.. Nak tahu berapa blog Cik Muda dah ikut? Tekan saja 'View my complete profile'... Mesti anda terkejut... hehehee...

Ok, Cik Muda nak rehat di kerusi mahal sambil layan Facebook... Nanti pukul 12 tepat, Cik Muda tengok entri ini... Bye!

You Might Also Like

2 reads

Thanks for leaving your comment!

Follow Me

Contact Form

Name

Email *

Message *