Tuesday, August 30, 2011

Cik Muda dan Shah Alam

Haish.... Kan bagus Cik Muda ini kalau dapat hafal satu peta Selangor. Mesti senang nak jalan-jalan, makan angin. Tapi banyak lah jalan Selangor ini. Berbelit sana, berbelit sini. Patutlah kawan Cik Muda seorang dulu kata walaupun dia tinggal di Kuala Lumpur, tak bermaksud dia tahu semua jalan. >.< Baik naik teksi atau bas kan? Masa mcm ini lah, Cik Muda rindu Bintulu, Sarawak. Tak ada banyak sangat jalan, tak perlu hafal.

Berbalik kepada Shah Alam, setakat ini daddy Cik Muda dah bawa ke Tesco Shah Alam. Besarlah juga tapi belum puas jelajah habis satu bangunan. Ada masa, Cik Muda nak tengok-tengok kedai apa ada di sana. Sama mcm Mid Valley dulu, Cik Muda ke hujung satu, ke hujung sana lagi. Rindu nak terjah Mid Valley dah ini. Bila nak mula masuk UM ini? Senang sikit dari UM ke Mid Valley.

Ahhh~ 6 Sept. terjah UM lagi. Opppsss! Salah, 5 Sept dah akan terjah. Ada kerja sikit di sana. Sambil pergi sana, Cik Muda nak tengok-tengok junior. Tapi kan, ada junior yg sama umur Cik Muda nanti, pasti ada. xD
*Apa pula yg Cik Muda merepek ni?

Mm... Ok, tentang Shah Alam. Nak kata sejujurnya sebab Cik Muda tak berapa kenal tempat baru ini. Yalah, kenal UM, Mid Valley, Times Square, KLCC, itu saja lah. Esok pula penjelajahan naik bas dari Shah Alam ke UM. Moga-moga tidak lama di jalan (traffic jam ke apa....) sebab Cik Muda amat-amat tidak suka. Boleh tertidur nanti. =.=

All in all.... Cik Muda rindu Sarawak!!!! T.T & Teddy!

*Sniff sniff....

Sebelum lupa..

Selamat Hari Raya kepada penganut-penganut Islam.

ps: Esok Hari Merdeka~ ke berapa dah, Cik Muda tak nak letak sebab tak tahu....lalalalala

Jangan lupa Hari Malaysia pula! >.<

Okay, bye!

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving your comment!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...