Wednesday, August 24, 2011

Cik Muda: Blogger sekarang pandai main hidden AGENDA

Sebelum ke akar umbi entri kali ini, biar Cik Muda berceloteh sikit...

Nampak jelas tak??? 

Yg ni besar sangat, tak nampak tepi... Tapi nampak lah tulisan kan.

Okay... Sekarang untuk penjelasan. Yg bawah yg nampak Analytics, Came From, Keywords, faham-faham lah dari mana kan? Yg guna Nuffnang memang kenal sangat. Yg atas sekali, yg Search Keywords pula dari Blogger... 

Yg Cik Muda pelik, siapa yg pergi cari 'syrian hamsters acrobatics' itu? Nak kata lucu ada laaa juga.. xD Tapi kasihan lah hamster itu kan? Acrobatics tetiba... Yg dalam Nuffnang pula, 'syrian hamster with purple and pink spots'... Haish!!! Adakah hamster mcm itu?

Yg lain itu biasa-biasa bagi Cik Muda.. Okay, seterusnya lagi.. Masih ada satu lagi sebelum kita ke isu HOTZ dalam kalangan blogger~

Sila ambil perhatian pada yg diBULATkan dan perkataan hodoh besar dan hitam... Oh, dan yg diGARISkan juga.

Cik Muda gerun juga ini. Tapi syukur sangat-sangat yg melawat blog ini. Yg dipentingkan Nuffnang adalah UNIQUES. Iaitu jumlah sebenar yg melawat blog tersebut. Yg VIEWS itu, pelawat boleh datang berkali-kali, dia rekod semua lawatan. Yg UNIQUES, hanya sekali, iaitu pada kunjungan pertama sahaja. Betapa pentingnya sebab kita dapat tahu READERS bertambah. ^.^ *Panjang tak penjelasan Cik Muda, jadi pandai- pandai lepas ini. Yg ini rekod minggu lepas- 10 Ogos ke 16 Ogos 2011.

Seterusnya... rekod 17 Ogos ke 23 Ogos. >.<
Harap-harap nampak... tulisan hodoh besar itu nampak lah kan...  

Yeah!!! Cik Muda ucapkan ribuan terima kasih yg singgah blog ini. Tercapai juga 200 UNIQUES. Nak kekal 200 ini susah tapi Cik Muda akan usahakan! Kepada yg lain juga, berusaha ya! Memang Cik Muda cuba kekalkan 200. Kenapa? Sebab 100 mcm sikit tapi 300 pula menggerunkan.. >.< Jadi okay lah 200 ini bagi Cik Muda.

Sekarang kita ke kupasan isu yg HOTZ pula!

Sebagaimana tajuk entri kali ini: Sombong kah saya?

Cik Muda terjumpa entri seorang blogger yg tidak puas hati. Sebabnya, dia kunjung blog A tapi A tidak membalas kunjungan. Cik Muda akui terasa. Bukan apa, Cik Muda sibuk juga, buat hal Cik Muda (Facebook-ing, tengok drama Korea, baca manga online) jadi masa Cik Muda singkat. Nak lawat blog lain, Cik Muda pilih. Iya, memilih. Tapi pilihan berdasarkan tajuk entri. Kalau entri kena pada minat, Cik Muda kunjung. Kalau tak minat, Cik Muda biar. Sebab masa itu EMAS kan? Mana tahu ada entri lain yg dapat tarik minat Cik Muda. Pada blogger-blogger yg tak banyak kunjungan itu, jangan lah masam muka, tarik muncung mengata blogger lain sombong, pilih-pilih. Tak baik mengata tanpa mengetahui sebab. Yg mengiya-iyakan lagi, Cik Muda hanya mampu bergeleng kepala. 

Blogger memilih, SALAH. Blogger buat entri personal, SALAH. Blogger bersegmen, SALAH. Blogger komen ringkas, SALAH. Blogger copy paste tanpa backlink pula......opppsss! Yg ini memang SALAH!

Cik Muda rasa dunia blog sekarang ini pun pandai main AGENDA. Ada-ada saja agendanya. Mcm satu manusia untuk diri dia sendiri. Mestikah kita berperasaan buruk terhadap satu sama lain? Itu dasar manusia kah? Cik Muda memang naik angin lah.  Bila ditanya alasan, dikatanya blogger itu memang salah. Saudara-saudari, apa salahnya? 

Dia nak buat segmen sebab nak tolong bagi trafik. Dia pun dapat trafik. Kamu pun dapat. Apa yg tidak puas nya? Sebab trafik dia banyak, kamu tidak? Alahai, itu sebab kamu buat blog, nak popular? Atau sedap mata tengok trafik banyak? Atau yg selalu diguna kamu, dia ada AGENDA tersembunyi? Salahkah kita untuk bersangka baik? Atau lagi senang kita bersangka buruk?

Dia nak tulis personal life dia, biarlah. Mungkin dia rasa tenang bila dikongsi di blog. Mungkin dia berharap ada orang hulurkan nasihat. Ini tidak. Orang maki dia sebab letak entri personal. Kalau bukan pasal dia bunuh anak kucing, tak apalah kamu nak bising. *Sebab bunuh anak kucing teramatlah KEJAM!

Dia nak memilih blog untuk dikunjung, biarlah. Dia sibuk. Mungkin esok, lusa, tulat, dia kunjung blog kamu. Mungkin dia bergilir-gilir melawat blog. Nak lawat semua dalam senarai, boleh penat mata tahu? Dengan ramai jenis blog, tulisan tersenget-senget, terlebih colourful... Cik Muda memang tak reti nak baca. Buka sekejap, tengok mcm itu, 'X' terus. Kadang-kadang lawatan berjaya tapi nak komen apa? Entri tidak menarik minat, takkan nak tulis 'nice post' yg tidak ikhlas? Baik tak tulis dari tanggung guilt! Dan satu, Cik Muda tak suka komen pada Shoutbox. Sebab pada fikiran Cik Muda, tak adil. Cik Muda tak guna Shoutbox di blog sendiri jadi tak patut komen di situ.

Huuuuu~ Sepanjang-panjang Cik Muda tulis, adakah kamu membaca? Tak apa. Cik Muda tidak ambil kisah sangat hal pembaca ini. Hahahahaha, betul, mcm syok sendiri tulis entri kali ini. Tapi puas hati Cik Muda. 

Jadi ingat, kita hanya tahu menilai orang lain tapi pernahkah kita menilai diri kita sendiri? Mana lah tahu, kita lagi teruk, dengan AGENDA tersembunyi kita. 

Cik Muda pun ada HIDDEN agenda iaitu............. 

Cik Muda tak sabar habis cuti!!!!!!!!!!!! Nak sambung belajar lagi, tak lama tapi terasa lama sangat tunggu. Lagi baik sibuk dengan assignment, tutorials, dari layan blog yg entri nya menegur orang lain..... Lalalalala, siapa terasa cili, itulah dia. 

Okay, bye!

ps: Nak guna Anon, tak ada! Letak nama tipu tanpa link akan dihancurkan dalam entri lain. You have been warned~ 

Pada yg rasa Cik Muda SALAH, sila nyatakan alasan-alasan anda. Nak bagi contoh blog pun boleh. Kita bincang secara baik-baik. :)

1 comment:

  1. XD.. setuju sgt ngn part hotz tu.. mmg saje wat entri mgutuk orang len semata2 nk kn trafik n follower.. eishhh.. wat cmtu, 1 hal.. ble dah tbukti slah, xnk mgaku plak.. kaitkn ngn benda len.. huh.. nak kne manusia cmtu.. >:(

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...