Wednesday, June 22, 2011

Leteran Cik Muda: Shopper tak bertamadun ke manusia??

Sebelum Cik Muda pergi kepada hal-hal lain (seperti result semester 2 UM itu..........), baik Cik Muda cerita sedikit tentang shoppers yang tak bertamadun ini.

Cik Muda tahu lah, kamu kejar masa juga.... Ada yang jalan-jalan saja, tengok barang. Tapi Cik Muda naik angin dengan beberapa hal ini. Bagi kamu kecil saja, tapi bagi Cik Muda, boleh pening..

Satu hal ini: Shoppers tak reti letak balik pada tempat asal... Macam di perpustakaan, tak reti pulangkan buku pada tempat asal. Alasan: Dah jalan jauh dari tempat asal itu pun, letak saja di mana-mana, nanti pekerja lah yang letak balik. Mereka memang tak ada kerja lain untuk buat.

Ya, Cik Muda akui, sebagai SALES ASSISTANT, tak ada kerja selain susun barang, jawab soalan shoppers dan tolong satu sama lain.

Cik Muda tanya shoppers: Berapa jam kamu berdiri di atas dua kaki kamu itu???? Paling kurang 6 jam ada ke? Cik Muda berdiri sampai tapak kaki yang nak beku. Hebat tau rasa beku itu. Nak cuba? Diri di satu tempat selama 12jam.... Lepas itu, baru lah kamu duduk. Rasa nikmat di tapak kaki kamu itu nanti.

Haish.... itu satu lah hal. Shoppers tak reti letak balik barang. Tak kan lah barang itu tahu jalan kaki balik tempat dia. Tak ke pelik. Kamu tengah di lorong yang barang biskut semua. Tetiba tengok ada barang tuala wanita........ Tak ke rasa janggal semacam....

Selain itu, Cik Muda bengang dengan soalan-soalan shoppers... Bukan ada service counter di depan???

Nasib baik Cik Muda jenis jalan-jalan juga, tengok barang-barang di kedai. Kalau tak, memang Cik Muda tak tahu di mana air botol mineral. Tapi janganlah tanya sama ada jenama barang itu ada atau tidak di kedai. Cik Muda bukan yang simpan rekod, pesan barang. Kaunter servis di depan............

Yang terakhir ini, paling Cik Muda naik angin. Mestikah bangsa seseorang menentukan bahasanya???

Mentang-mentang Cik Muda nampak macam orang Cina, mesti cakap Cina pada Cik Muda? Pening Cik Muda menjawab, Cik Muda tak tahu cakap Cina. Jangan dipaksa seseorang untuk belajar bahasa lain semata-mata rupa mukanya macam Cina. Cik Muda juga tak tahu bahasa Iban sebab tak diajar di rumah. Bahasa rumah: English...

Cik Muda sangat sensitif berkaitan hal bangsa dan bahasa ini. Adalah sangat sakit hati tahu... Macam mana mahu pandai cakap bahasa itu kalau tak diajar? Kamu pandai bahasa ibunda kamu, jangan lah nak dipersendakan orang yang tak pandai/tahu...

Cik Muda cakap English nanti, dikatakan bahasa penjajah pula!! Sekarang bukan shoppers tak bertamadun, memang manusia yang tak berperikemanusiaan...............................

* Leteran Cik Muda ini adalah pendapat. Jika terasa/sakit hati semua, jangan disaman..... >.<

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving your comment!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...