BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH

6:06 PM

Santai Bersama BEN ASHAARI

Kali ni Segmen dari En. Ben! 

Dikehendaki lebih daripada 100 patah perkataan. 

>.< Lama tak tulis karangan BM ni, mesti berterabur tatabahasa/kosa kata/kata kerja/ dan yang seangkatan dengan nya. Apa-apa pun, saya nak cuba taip lebih daripada 100 juga. Tarikh tutup hari ini. Eh, hari esok agaknya sebab pukul 12 tepat kan? Aish, pening kalau difikirkan 12am ni. 

Ok, sudah berbicara di atas tentang tujuan entri kali ini. Sekarang disajikan kenangan masa sekolah Rika Jue (Alias Facebook). 

Kenangan Masa Sekolah


Dijadikan cerita........ Ahaks! Mula dengan ayat-ayat berbunyi hikayat sekejap. 

Saya, seorang pelajar yang pendiam. Bising hanya dengan teman-teman yang rapat. Orang fikir saya lemah-lembut tapi saya ni kasar orangnya. Ok, tidak sekasar. Tangan masih soft-to-touch lagi ni. (Sempat pula kembang hidung)

Saya nak cerita satu hari di mana saya telah berkelakuan lain daripada yang biasa. 

Tarikh lupa, masa pun lupa.... yang tahu 2005/6, masa saya berumur 16 tahun. Ok, rasanya hari Sabtu. Yakah? Entahlaa. Biar sahaja masa/tarikh itu. Sambung alkisah!

Ada apa dalam tahun itu?

Ada pertandingan KARAOKE.

Dan saya ikut. 





Nak dijadikan lubang hitam dalam sejarah...... 

Tak tahu lah apa yang dicakap oleh penonton AKA saksi pada masa itu (Ok, REKOD: tak ada orang BOOO kat saya, atau baling telur apa-apa, tak ada langsung ok).

Yang saya tahu: suara bergetar-getar, masa turun pentas, terasa semua mata memandang. Bukan pada skirt hitam yang saya pakai, tapi pada muka merah saya yang tahan malu.

Yang menakutkan,seperti saya kata, tak ada orang BOOOO.....

Yang ada, suasana dewan yang SENYAP.... 

Lagu yang dinyanyikan adalah: .................. (tak ingat.... terbaik tak, saya ni?)

Yang nasibnya, tak ada seorang pun rakan-rakan sekelas yang menanyakan hal tersebut. Seakan-akan saya tidak pernah naik ke atas pentas. Nak kata saya lega, saya juga terkilan.

Saya nyanyi teruk sangat ke??? 

Pengajaran bagi saya: Tahulah suka nyanyi, lain kali latih banyak-banyak dalam rumah dulu. Bila dah boleh nyanyi macam Mariah Carey, keluar lah ikut pertandingan mana-mana pun. 

Itu pun kalau dah macam Mariah Carey....nama dia ni betul ke? Maaf, lama tak dengar muzik. Atau boleh dikatakan, saya ni jenis yang dengar saja, dan tak kisahlah, tajuk lagu dan penyanyi. Maaf, artis-artis lagu. Yang saya kenal pelakon-pelakon..... Macam Orlando Bloom/Aaron Aziz.... 

Dah, kan mengarut cerita benda lain di sini. Ok, kalau anda ada kisah yang ingin dikongsikan masa sekolah (En. Ben, rasanya sekolah ni, masa universiti pun boleh kan?) mari tulis entri panjang-panjang! 

Lepas itu pergi copy paste link url di sini!



You Might Also Like

2 reads

  1. cakk cakk..hehe teringat zaman sekolah, singgah dari blog abg ben ! jom vote abg ben kat sini :)

    http://alyaesprezzo.blogspot.com/2011/04/vote-ben-ashaari.html

    ReplyDelete
  2. saya dah vote dia di sana. :)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment!

Follow Me

Contact Form

Name

Email *

Message *